Pendahuluan
Tidak dinafikan lagi bahawa dunia kini menyaksikan kerakusan Zionis dalam usaha mencapai cita-cita besar mereka. Zionis mempunyai agenda utama tersendiri yang tidak dapat disembunyikan lagi, iaitu agenda menubuhkan sebuah negara yang dinamakan “Israel Raya”.
Dalam melaksanakan hasrat tersebut mereka mendakwa bahawa “The King Solomon Temple” sepatutnya didirikan di atas keruntuhan Masjidil Aqsa untuk di jadikan Pusat Pemerintahan bagi Negara Haram Israel.
Justeru itu Aman Palestin Cawangan Perak dengan kerjasama Institut Tadbiran Islam Perak ( INTIM) dan Persatuan Belia Islam Nasional Cawangan Perak (PEMBINA) akan menganjurkan satu konvensyen yang bertajuk “ Selamatkan Masjid Al-Aqsa Dari Ancaman Zionis” bagi memberikan penjelasan kepada semua lapisan masyarakat khususnya golongan belia dan dewasa supaya melihat semula sikap dan peranan yang perlu dimainkan untuk mempertahankan tempat suci Umat Islam ini.

